logo ms

Isnin, 04 November 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

PWP: Professional Writing Programme 2023

 PWP main picture

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menjalankan kursus PWP: Professional Writing Programme pada 14 hingga 16 Mac 2023. Kursus ini mendapat sambutan baik dari 23 peserta dari pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan, diantaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada hari terakhir kursus, para peserta telah dianugerahkan dengan sijil kehadiran kursus.

PWP telah menawarkan pendedahan terhadap komponen bertulis yang merangkumi komunikasi e-mel, laporan, dan kertas cadangan. Selain itu, aspek penulisan mesej segera dan media sosial juga diberi penekanan sebagai elemen tambahan kepada modul yang sedia ada. Penekanan khusus diberikan pada struktur pembentukan ayat dan perenggan bagi mencapai objektif penulisan yang berkualiti. Kepentingan nada, précis, dan tanda baca juga diterapkan dalam modul kursus PWP.

Matlamat kursus juga adalah untuk memberi pengalaman berkursus yang menarik kepada para peserta, maka sesi praktikal dalam penulisan e-mel, media sosial dan laporan juga diselitkan sepanjang kursus.

Selain daripada itu, penulisan yang dihasilkan oleh para peserta juga mendapat semakan dan maklum balas daripada pegawai Bahasa Inggeris yang mengendalikan kursus tersebut. Terdapat dua kategori yang telah diberi pengiktirafan iaitu (1) The Best Social Media Posting dan (2) The Best Situational Report Award.

 

                     PWP1  PWP2  PWP4

Cetak Emel