Khamis, 12 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kemahiran Pembentangan Dalam Bahasa Inggeris Di Tempat Kerja

pstw main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menjalankan kursus bertajuk "Kemahiran Pembentangan dalam Bahasa Inggeris di Tempat Kerja" di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) berdasarkan keperluan pegawai kerajaan memiliki kemahiran dalam teknik pengucapan awam. Keperluan untuk memberi pembentangan dalam mesyuarat kecil, memberi pemakluman kepada seluruh kementerian atau agensi, atau bertutur di persidangan atau acara lain tidak dapat dielakkan sepanjang perkhidmatan. Dalam hal ini, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dengan berkesan.

Tujuan “Kemahiran Pembentangan dalam Bahasa Inggeris di Tempat Kerja”, adalah untuk membantu para peserta untuk melengkapkan diri mereka dengan lebih baik dalam seni Pengucapan Awam. Kandungan kursus selama tiga hari ini disusun atur untuk membantu peserta mengatasi perasaan takut mereka bagi melakukan pembentangan secara efektif, mengamalkan pendekatan lisan dan bukan lisan yang tepat sambil menyampaikan maklumat dengan penuh yakin.

Kursus ini dihadiri oleh peserta daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, Jabatan Tenaga Atom, Pusat Pelancongan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, Akademi Sains Malaysia, Akademi Angkasa Malaysia dan Kementerian Luar Negeri yang telah diadakan pada 20 - 22 Jun 2023.

Metodologi pengajaran dan pembelajaran bersepadu disampaikan melalui kuliah, perbincangan, aktiviti praktikal dan berkumpulan untuk membimbing para peserta dalam merancang pembentangan berkaitan tugasan harian mereka. Pada akhir kursus, para peserta telah berjaya mengikuti proses penyediaan dan penyampaian pembentang dan pengucapan awam yang betul. Pembentangan mereka dinilai dan diberi maklum balas yang membina oleh tenaga pengajar dan rakan sebaya mereka.

 

           pstw 1   pstw 2   pstw 3

fbk

twt

int

tk

yt