logo ms

Isnin, 04 November 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM) Siri 3/2023

spkm3 main

Siri ketiga kursus utama IDFR bagi tahun ini, Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM 3/2023) telah berjaya diadakan pada 13 hingga 22 Jun 2023..
Kursus SPKM merupakan kursus prasyarat bagi setiap pegawai kerajaan sebelum berkhidmat di luar negara. SPKM 3/2023 dijalankan untuk pegawai gred 41 dan ke atas bersama pasangan masing-masing bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang diplomasi serta amalan diplomatik antarabangsa yang penting dalam melaksanakan tugas di Misi. Kursus ini telah dihadiri oleh lima puluh lima (55) orang peserta daripada dua belas (12) pelbagai Kementerian dan agensi/jabatan kerajaan.
Sepanjang tempoh 8 hari, para peserta dilengkapi dengan pengetahuan yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan, protokol, konsular, serta etika diplomatik dan hal ehwal negara. Para peserta didedahkan dengan etika yang sesuai untuk makan beradap (fine dining) untuk mengembangkan kemahiran sosial interpersonal mereka. Mereka diketengahkan mengenai kesedaran budaya, bagi mereka untuk lebih menghargai jurang budaya dan meraikan perbezaan budaya. Kepentingan untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat bersama untuk mempertahankan kepentingan Malaysia telah ditekankan kepada para peserta. Nilai integriti di tempat kerja juga diserlahkan kepada peserta. Maklumat dan pengetahuan penting untuk mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa, iaitu Malaysia sebagai destinasi perdagangan, pelaburan, dan pelancongan pilihan, serta kepentingan sektor minyak sawit Malaysia telah diberikan kepada para peserta. Slot baharu untuk mempromosikan pelancongan berasaskan perkhidmatan kesihatan di Malaysia telah diperkenalkan untuk menekankan reputasi kukuh Malaysia sebagai destinasi global yang selamat dan dipercayai untuk penjagaan kesihatan dan peluang dalam segmen pasaran ini.
Dalam ucapan penutupnya, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat Kepimpinan, Rundingan, dan Diplomasi Awam, IDFR, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta atas komitmen mereka sepanjang kursus berlangsung. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penceramah kerana menyampaikan ilmu, kebijaksanaan dan pengalaman berharga kepada para peserta. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta untuk posting masa depan mereka di luar negara.

 

     spkm3 1  spkm3 2  spkm3 3

Cetak Emel