logo ms

Khamis, 23 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Course on the International Front Siri 1/2023

COTIF1 main

IDFR telah mengadakan kursus selama tiga hari, dinamakan Course on the International Front Siri 1/2023, dari 5 hingga 7 Julai 2023, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, dengan kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 20 peserta daripada Jabatan Perkhidmatan Awam; Kementerian Ekonomi; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Kementerian Pertahanan; Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; dan Jabatan Perdana Menteri, telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini telah direka untuk memberikan pendedahan kepada para peserta berkenaan tugasan yang dijalankan oleh Bahagian Antarabangsa Kementerian. Selain daripada hubungan antarabangsa dan amalan diplomatik, peserta-peserta juga didedahkan kepada pemahaman silang budaya dan diplomasi budaya, kemahiran pengurusan dan etika diplomasi. Setiap kandungan kursus telah disampaikan dengan baik oleh barisan pakar bagi setiap bidang dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Para peserta telah terlibat dengan aktif dalam perbincangan dan sesi interaktif secara berkumpulan sepanjang kursus berlangsung. Pada akhir kursus, bekas Duta Besar Malaysia, Datuk Zainal Abidin Bakar telah mengadakan sesi perkongsian berkenaan pengalaman beliau sebagai Diplomat Kanan diikuti dengan ucapan penutup oleh YBrs. Dr Azrul Anaz Mohd Any, Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

            COTIF1 1  COTIF1 2  COTIF1 3

 

Disediakan oleh:
Encik Wan Ahmad Mursyid Wan Mohd Azri
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD)

Cetak Emel