logo ms

Rabu, 09 Oktober 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Media Skills Workshop for Mid-Level Officers 2023

MS2023 main

IDFR telah berjaya menganjurkan Bengkel Kemahiran Media bagi Pegawai Peringkat Pertengahan Tahun 2023 pada 11 hingga 13 Julai 2023. Pegawai-pegawai kanan kerajaan dari empat belas (14) kementerian dan agensi iaitu Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Majlis Amanah Mara telah menyertai bengkel ini.
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang media dan kepentingannya, dan meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendalikan media dengan berkesan. Sepanjang bengkel selama tiga hari itu, para peserta telah dilatih untuk menggunakan alatan dan teknik dalam menguruskan platform media tradisional dan sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter, dan dalam menyediakan siaran akhbar yang lebih berkesan. Kemuncak bengkel adalah latihan praktikal dalam mengendalikan soalan dan jawapan semasa sidang akhbar dan sesi temuduga studio melalui simulasi media oleh pengamal media yang berpengalaman.
Bengkel ini memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi dan mempelajari amalan-amalan terbaik daripada tokoh-tokoh media terkemuka, supaya mereka lebih bersedia dalam mengendalikan media. IDFR mempercayai para peserta lebih yakin untuk menghadapi kamera kerana mereka lebih sedar dan memahami cabaran, teknik, kemahiran dan pendekatan yang diperlukan. Latihan ini juga meningkatkan pengetahuan mereka tentang teknik lisan dan bukan lisan dalam membina keyakinan mereka untuk bercakap dengan fasih.
Pada majlis penutup, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat Kepimpinan, Rundingan dan Diplomasi Awam, IDFR memuji para peserta atas komitmen dan penyertaan aktif mereka. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah atas perkongsian ilmu dan pengalaman mereka dengan para peserta.

 

                   MS2023 1  MS2023 2  MS2023 3

Cetak Emel