MCD: Menguasai Komunikasi secara Diplomasi
Kursus "Menguasai Komunikasi secara Diplomasi (Mc-D)" telah dianjurkan oleh IDFR di Hotel Melia Kuala Lumpur pada 6 September – 8 September 2023. Kursus ini bertujuan untuk memberi peserta pengetahuan mengenai teknik-teknik komunikasi diplomasi dan taktik perundingan yang boleh digunakan dalam alam pekerjaan. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 24 pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi.
Kursus ini bermula dengan pengurus projek dan Ketua Penolong Pengarah Kanan CLCD, Pn. Sithira Devi A/P Govindan menyambut peserta dengan ucapan alu-aluan. Fasilitator bagi kursus ini adalah seorang perunding luar dari Zubedy, serta Pn. Haliyath Zahiyah dari Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Semasa kursus tersebut, pelbagai kaedah telah diaplikasikan bagi merangsangkan minda, pembentangan, paparan media dan perbincangan untuk menyampaikan maklumat secara efektif dan berdiplomasi.
Kesemua peserta berpendapat kandungan kursus dan perbincangan semasa program amat berfaedah dan boleh diaplikasikan dalam tugasan rasmi dan tidak rasmi mereka.
Sijil kehadiran telah diberikan kepada semua peserta oleh Pengarah Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), IDFR pada 8 September 2023.