logo ms

Khamis, 30 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Training Course in Product & Brand Management tailored for Lao PDR

LAOPDR main

 

“Training Course in Product & Brand Management for Lao PDR” telah diadakan dari 4 hingga 7 Disember 2023 di Hotel Berjaya Times Square. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam tentang kemajuan teknologi dan penggunaan Kepintaran Buatan (AI) dalam bidang pengurusan jenama dan produk.

Seramai 10 orang penjawat awam daripada Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan negara Laos telah hadir ke kursus ini.

Program yang berlangsung selama empat hari ini merangkumi pelbagai modul bagi pengurusan kandungan khasnya melalui media sosial. Antara intipati kursus adalah Perancangan dan Strategi Kandungan, Penciptaan Kandungan, dan Pengoptimuman Kandungan dan Analitik. Pada hari terakhir kursus ini, peserta telah didedahkan dengan peranan Malaysia dan isu-isu utama di dalam ASEAN.

Peserta juga telah dibawa untuk KL City Tour, iaitu lawatan di sekitar Batu Caves, Istana Negara dan juga di pusat ibu kota Kuala Lumpur. Pengalaman ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada seni budaya masyarakat Malaysia dalam mendepani era globalisasi.

Adalah diharapkan bahawa kursus ini telah mencapai matlamatnya untuk membantu para peserta dalam memacu transformasi inovatif, terutamanya dalam pengurusan penjenamaan mereka, khasnya untuk negara Laos.

 

    LAOPDR 2  LAOPDR 3  A89I8421

Cetak Emel