logo ms

Khamis, 30 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Lawatan ke SUK dan Program CSR

SUKCSR2023 main

Para peserta DiD 2023 telah mengadakan lawatan ke SUK Sarawak dari 26-28 Jun 2023. Hari pertama dimulakan dengan peluang yang tidak dapat dilupakan iaitu pertemuan bersama YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Pada hari kedua, peserta-peserta DiD telah makan malam bersama Mejar Jeneral YBhg. Dato’ Reizal Arif, Ketua Staf, Komando Medan Tentera Darat Timur. Hari ketiga pula mereka telah mengadakan kunjungan hormat ke atas SUK Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, yang memberi taklimat dan perbincangan mengenai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak serta potensi tenaga mampan, pelancongan dan tadbir urus negeri Sarawak. Mereka juga telah melawat pejabat Setiasausa Kerajaan Persekutuan Sarawak, Kementerian Luar Negeri Pejabat Wilayah Sarawak dan juga Sarawak Energy Berhad.

 

Pada hari terakhir, peserta DiD telah mengadakan satu program tanggungjawab sosial (CSR) di SK Sebobok, Bau. Mereka telah bergotong royong untuk mencantikkan dan menambah koleksi perpustakaan sekolah berkenaan. Para peserta juga telah meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar serta menghadiahkan beg dan alat tulis baru kepada mereka.

               SUKCSR2023 1  SUKCSR2023 2  SUKCSR2023 4

Cetak Emel