Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Let’s Communicate! Siri I dan II

IMG 5259

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah memulakan kursus bahasa Inggeris yang pertama bagi tahun ini berkaitan komunikasi dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan untuk kakitangan sokongan dari Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar (IDFR) dan Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Ia berdasarkan keperluan untuk melengkapkan kakitangan sokongan dengan kemahiran komunikasi yang penting. Komunikasi yang berkesan menggalakkan pemahaman bersama tentang matlamat, keutamaan dan prosedur organisasi serta mengurangkan kemungkinan salah faham atau kesilapan di kalangan kakitangan dan pihak berkepentingan. Ia juga memupuk budaya kerja positif yang menggalakkan kakitangan organisasi berhubung dengan berkesan di tempat kerja.

“Let’s Communicate!” yang merangkumi dua (2) siri, membantu kakitangan sokongan dengan menerangkan kepentingan komunikasi yang berkesan di tempat kerja, mengenal pasti cabaran yang timbul dalam proses komunikasi dan cara menangani cabaran di samping menerapkan elemen komunikasi berkesan seperti isyarat sikap, lisan, dan bukan lisan agar berjaya dan yakin berkomunikasi secara menyeluruh di tempat kerja.

Dalam setiap siri, seramai 34 peserta, Gred 11 – 29, terlibat dalam aktiviti praktikal yang khusus demi meningkatkan keyakinan bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ia membolehkan mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang kursus dalam simulasi pelbagai senario untuk mengatasi cabaran ketika proses komunikasi, serta menerima maklum balas yang membina daripada tenaga pengajar dan rakan sekerja. Hasilnya, peserta muncul sebagai penutur bahasa Inggeris yang lebih yakin untuk mengasah kemahiran komunikatif mereka secara objektif dalam persekitaran kerja seharian.

 

      IMG 5297  IMG 6791  IMG 6952

 

fbk

twt

int

tk

yt