Say It Right: A Course on Pronunciation
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), IDFR telah berjaya menjalankan kursus bahasa Inggeris kedua pada tahun ini yang bertajuk “Say It Right: A Course on Pronunciation” dengan tujuan untuk menyokong para peserta dalam mengaplikasikan teknik komunikasi lisan yang berkesan dalam portfolio kerja mereka. Antara topik yang dibincangkan dalam kursus ini ialah kesedaran tentang Sistem Bunyi Bahasa Inggeris, masalah dalam berbahasa Inggeris yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, elemen yang mempengaruhi pertuturan yang berkesan seperti intonasi, tekanan bunyi perkataan dan ayat serta irama yang apabila digabungkan, meningkatkan kesedaran dan kemahiran berkomunikasi yang lebih baik.
Kursus ini telah dihadiri oleh 23 orang peserta dari pelbagai kementerian. Antaranya adalah daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Komunikasi, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Pengurusan Hartanah dan Tanah, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Warisan Negara.
Kursus ini mendapat sambutan yang baik oleh para peserta kerana ia mendorong mereka bercakap dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami. Ia membantu mereka menumpukan perhatian kepada masalah yang mungkin dihadapi oleh penutur bahasa Inggeris di Malaysia dalam menyebut bunyi tertentu yang tidak terdapat dalam bahasa ibunda mereka. Tenaga pengajar menilai aktiviti simulasi berkaitan tugasan di tempat kerja para peserta yang mempraktikkan pengetahuan dan teknik yang dipelajari daripada kursus 3 hari ini, sekali gus memupuk keyakinan apabila bertutur dalam bahasa Inggeris.