Rabu, 15 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

SPEED: Secretaries and Personal Assistants Essential English Development Workshop

speed2024

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), telah mengadakan kursus bahasa Inggeris bertajuk “Secretaries and Personal Assistants Essential English Development Workshop (SPEED)” pada 5 – 6 Mac 2024 yang dihadiri 22 peserta dari pelbagai kementerian.
Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran komunikasi setiausaha dan pembantu peribadi di tempat kerja. Antara topik yang dibincangkan termasuk cara-cara berurusan dengan pelanggan dan pelawat, mengambil dan memberi mesej, komunikasi berkesan melalui telefon dan surat-menyurat serta komunikasi media sosial.
Melalui sesi ceramah terbuka dan aktiviti berkumpulan, para peserta dapat berinteraksi dan mengambil bahagian secara aktif sepanjang kursus, sekali gus membantu mengasah kemahiran peserta yang sedia ada. Di akhir kursus, para peserta mendapati topik yang dibincangkan bukan sahaja praktikal dan bermanfaat dipraktikan di tempat kerja, malah juga meningkatkan keyakinan mereka dalam komunikasi bertulis dan lisan.

                      speed2024 1  speed2024 2  speed2024 3

fbk

twt

int

tk

yt