logo ms

Khamis, 23 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Kursus Pra-Penempatan Untuk Pegawai-Pegawai Home-Based Staff serta Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negara Siri 1/2024 (Gred 41 dan ke atas)

Berita Terkini

Kursus Pra-Penempatan Untuk Pegawai-Pegawai Home-Based Staff serta Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negara Siri 1/2024 (Gred 41 dan ke atas)

spkm12024 main

Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai-Pegawai Home-Based Staff serta Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negara Siri 1/2024 telah berlangsung dengan jayanya dari 19 hingga 28 Februari 2024. Kursus ini merupakan satu kursus wajib seperti ditetapkan bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia (SPKM).
Kursus ini merupakan pra-syarat bagi setiap pegawai kerajaan gred empat puluh satu (41) dan ke atas bersama pasangan sebelum berkhidmat di perwakilan. Kursus SPKM 1/2024 telah dihadiri oleh seratus lima (105) peserta dari pelbagai Kementerian dan agensi/jabatan kerajaan.
Matlamat kursus ini adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam diplomasi dan amalan diplomatik antarabangsa yang penting dalam melaksanakan tugasan mereka di perwakilan kelak. Kursus ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan di kalangan pegawai dari Kementerian dan agensi/jabatan kerajaan yang berbeza dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
Sepanjang kursus lapan (8) hari ini, para peserta dilengkapi dengan maklumat berkenaan SPKM, imuniti dan keistimewaan, pengetahuan berkaitan pengurusan sesuatu misi, protokol dan konsular. Para peserta didedahkan dengan pengetahuan etika yang bersesuaian untuk fine dining dan formal entertainment untuk meningkatkan kemahiran sosial interpersonal diri. Mereka juga diketengahkan mengenai kesedaran budaya, agar mereka menghargai jurang budaya dan meraikan perbezaan budaya. Selain itu, kepentingan bekerja sebagai satu ke arah mencapai matlamat bersama untuk mempertahankan kepentingan Malaysia serta amalan nilai integriti di tempat kerja juga diterapkan dalam diri peserta. Maklumat penting dalam mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa, iaitu Malaysia sebagai destinasi perdagangan, pelaburan dan pelancongan pilihan, serta sektor minyak sawit Malaysia telah dikongsikan kepada para peserta. Satu slot baharu “Mempromosikan Malaysia sebagai Hab Pendidikan” telah diperkenalkan untuk memperlihat kekuatan dan peluang Malaysia dalam segmen pasaran ini. Para peserta juga terharu dengan perkongsian pengalaman oleh seorang diplomat yang telah menentang segala rintangan semasa kemuncak dalam satu perang saudara. Slot ini menjadi panduan kepada para peserta untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi sebarang krisis yang mungkin berlaku.
Secara keseluruhan, para peserta telah memberikan maklum balas positif dan berpuas hati dengan aliran kursus dan kandungan kursus.
Semasa majlis penutup, Ketua Pengarah IDFR, YBhg. Dato Syed Bakri Syed Abdul Rahman telah berkongsi pengalaman-pengalaman kerjanya semasa di perwakilan. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta di atas komitmen sepanjang kursus serta penceramah-penceramah dalam menyampaikan ilmu serta pengalaman berharga kepada para peserta. Beliau berharap ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh peserta akan memberi impak yang positif dan memantapkan peranan mereka dalam menjalankan tugas di misi.
IDFR mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta yang bakal menjalankan tugas di luar negara.

       spkm12024 3  spkm12024 2  spkm12024 1

Cetak Emel