Khamis, 12 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Pra-Penempatan Untuk Pegawai-Pegawai Home Based Staff serta Pasangan Siri 2/2024 (Gred 38 dan ke bawah)

SPKM22024 main

Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai – Pegawai Home Based Staff serta Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negara siri 2 2024 (SPKM 2/2024) telah berlangsung dengan jayanya dari 24 hingga 30 April 2024. Kursus ini untuk pegawai Gred 38 dan ke bawah bersama pasangan masing-masing, bertujuan untuk menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam diplomasi yang penting dalam melaksanakan tugas di Perwakilan. Kursus ini telah dihadiri oleh tujuh puluh – dua (72) peserta (termasuk pasangan) daripada pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan.
Sepanjang 5 hari kursus, para peserta dibekalkan dengan maklumat penting berkaitan tugas mereka di luar negara termasuk urusan inspektorat, maklumat berkaitan SPKM, pengurusan aset, audit dan kewangan, perakaunan, hal protokol, hal konsular dan keselamatan diri. Para peserta ditekankan tentang kepentingan mengekalkan integriti di tempat kerja dan juga dalam kehidupan harian. Para peserta didedahkan dengan penampilan diri dan etika sosial untuk meningkatkan kemahiran sosial interpersonal mereka. Mereka juga diketengahkan mengenai kesedaran budaya dalam menghargai jurang budaya dan dalam meraikan perbezaan yang wujud. Satu slot baharu, Kesihatan Mental Kunci Kebahagiaan Hidup telah diperkenalkan untuk menonjolkan kepentingan kesihatan mental terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan asing.
Secara keseluruhan, peserta memberikan maklum balas yang positif dengan aliran kursus dan pengisian kursus. Semasa upacara penutupan, Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan, dan Diplomasi Awam, YBhg. Dato’ Agus Salim Yusof berkongsi pengalaman kerja beliau semasa berkhidmat di Perwakilan. Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada kepada para peserta atas dedikasi mereka sepanjang kursus ini dan para penceramah atas pengetahuan dan pengalaman yang berharga yang dikongsikan. Beliau yakin bahawa pengetahuan dan keupayaan yang diterapkan dalam peserta akan memberikan impak positif dalam menjalankan tugas di luar negara kelak.

                 SPKM22024 1  SPKM22024 2  SPKM22024 3

fbk

twt

int

tk

yt