logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Lawatan sambil belajar ke KLIA pada 23 Februari 2011 telah disertai seramai 24 orang peserta diploma in diplomacy (DiD) diiringi pegawai IDFR, dan diketuai oleh TYT Ambassador Abdullah Faiz Zain, Timbalan Pengarah IDFR.

Sesi taklimat bermula pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat A380 di KLIA. Wakil dari pihak Kastam KLIA telah menyampaikan taklimat diikuti oleh wakil dari pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Bahagian Operasi Terminal KLIA, dan Jabatan Kesihatan.

Delegasi meneruskan lawatan ke Menara Kawalan Trafik Udara yang terletak bertentangan dengan terminal utama KLIA. Para peserta berpeluang melawat bilik operasi trafik udara dan telah diberikan taklimat ringkas berhubung aspek-aspek teknikal operasi dan turut berpeluang menyaksikan beberapa kapal terbang yang berlepas dan mendarat.

Selanjutnya, para peserta meneruskan lawatan ke Depot Tahanan Imigresen KLIA yang terletak di Sepang, kira-kira 15 minit perjalanan dari KLIA. Para peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat behubung skop kerja pihak Imigresen di KLIA. Seterusnya, para peserta telah dibawa melawat depot tahanan.

Lawatan yang dilakukan ke KLIA, Menara Kawalan Trafik Udara dan Depot Tahanan Imigresen KLIA merupakan satu pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga kepada peserta DiD. Adalah penting bagi peserta untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh behubung perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas mereka.