logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Kursus Orientasi Bagi Pembantu Khas Dan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah melaksanakan Kursus Orientasi bagi Pembantu Tadbir Kesetiausahaan dan Setiausaha dengan jayanya dari 19 – 30 September 2011. Kursus ini merupakan program latihan baru yang telah disertakan di dalam kalendar latihan dan IDFR merancang untuk menerapkan kursus ini sebagai salah satu daripada aktiviti yang akan dijalankan setiap tahun. 

Tiga belas (13) peserta daripada Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) telah menyertai kursus ini selama dua minggu. IDFR telah menggariskan objektif kursus tersebut khusus untuk memantapkan ilmu pengetahuan profesional serta kemahiran Pembantu Khas di Wisma Putra. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepelbagaian aspek pengurusan pejabat, mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dari segi pertuturan dan penulisan,  mempertingkatkan mutu kemahiran inter-personal serta memberi penerapan tentang kepentingan imej dan jati diri.

Modul kursus turut dimuatkan dengan beberapa topik penting meliputi isu mengenai Dasar Hubungan Luar Malaysia, Konvensyen Vienna dan Hubungan Diplomatik, Komunikasi antara Budaya dan Bahasa Inggeris untuk Diplomasi. Di samping itu juga,  subjek yang bertujuan meningkatkan pembangunan peribadi perserta seperti Etika Sosial, Majlis Resepsi dan Makan Beradap, Dandanan serta Tarian Kebudayaan Malaysia, turut diterapkan.

Secara amnya, para peserta amat berpuas hati dan gembira di atas program yang telah dijalankan. Ramai di kalangan meraka merebut peluang yang diberikan untuk lebih memahami peranan mereka sebagai pembantu khas kesetiausahaan.