Khamis, 12 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Modul Hubungan Antarabangsa Untuk Peserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) 1/2011

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri  (IDFR) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah sekali lagi berkerjasama menganjurkan Modul Hubungan Antarabangsa untuk perserta Diploma Pengurusan Awam (DPA) dari 8 hingga 12 November 2011.Kali ini, modul berkenaan telah dihadiri oleh kumpulan yang lebih besar iaitu sebanyak 142 orang pegawai.

Objektif yang telah digariskan bagi modul berkenaan adalah untuk membina pegawai yang berfikiran global yang dilengkapi dengan pengetahuan dan dan kemahiran diplomasi yang luas. Bagi memenuhi hasrat ini, syarahan berasaskan akademik dari Kementerian Luar Negeri dan fasilitator dari IDFR telah diatur mengikut isu berkaitan diplomasi dan hubungan antarabangsa

Pada modul Hubungan Antarabangsa berkenaan, para peserta telah diberi peluang untuk memahami pelbagai pendekatan terhadap hubungan antarabangsa daripada para pengamal dan pakar. Turut dimuatkan termasuk syarahan awam oleh His Excellency Dr. Mostafa Dolatyar, Ketua Pengarah Institute of Political and International Studies, Republik Islam Iran mengenai Krisis Timur Tengah. Pada masa yang sama, para peserta juga berkesempatan untuk mendengar pandangan dari Tuan Scott M. Rauland, Kaunselor Hal Ehwal Awan dari Kedutaan Amerika mengenai Diplomat di Abad ke-21.

Pada akhir modul para peserta juga telah dibawa ke lawatan sambil belajar  ke Singapura di mana mereka telah melawat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Civil Service College of Singapore. Para peserta telah diberikan taklimat oleh beberapa pegawai yang berkaitan berhubung tugas dan tanggunjawab Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Manakala semasa lawatan ke Civil Service College of Singapore,  para peserta telah diberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perbandingan di antara sektor awam kedua-dua negara. Pendedahan dan pengalaman yang diperolehi oleh peserta di Singapura dan Malaysia ternyata telah meningkatkan pemahaman mengenai konsep hubungan antarabangsa. 

fbk

twt

int

tk

yt