logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Archived Articles
  • “The Malaysian Formula – Managing Economic And Political Transformation”, Lawatan Ke Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa Dan Perdagangan (DFAT) Dan Asia-Pacific College of Diplomacy, Australian National University (ANU), Canberra Australia.

“The Malaysian Formula – Managing Economic And Political Transformation”, Lawatan Ke Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa Dan Perdagangan (DFAT) Dan Asia-Pacific College of Diplomacy, Australian National University (ANU), Canberra Australia.

YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menghadiri sebuah Ceramah Umum bertajuk “The Malaysian Formula – Managing Economic And Political Transformation” yang  disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 7 Disember 2011 di Dewan Kuliah Coombs, Bangunan H.C. Coombs, Australian National University (ANU), Canberra. Ceramah umum tersebut bersempena rangka lawatan kerja beliau selama dua (2) hari ke Canberra dan Perth kepada pelajar-pelajar tempatan dan dari Malaysia di ANU. YAB Tan Sri telah menyentuh beberapa perkara antaranya sejarah dan cabaran yang telah ditempuhi serta perubahan ekonomi dan politik semasa Malaysia. Beliau seterusnya  menjawab beberapa soalan daripada tetamu yang hadir dan turut beramah mesra dengan mereka semasa minum pagi sebelum berangkat ke Perth.

Selepas menghadiri Ceramah Umum tersebut, YBhg. Dato’ Ku Jaafar telah mengadakan kunjungan hormat ke atas T.Y.T Dato’ Salman Ahmad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra sebelum membuat lawatan ke Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa dan Perdagangan (DFAT) Australia. Encik Chris Moraitis, Penolong Setiausaha Pertama Bahagian Pengurusan Korporat DFAT telah mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato’ sebelum mereka berbincang berkenaan mewujudkan kerjasama dalam melatih diplomat-diplomat muda. Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah Cik Karinda D’Aloisio, Pengarah Seksyen Pengurusan Siswazah dan Latihan Pentadbiran dan turut sama hadir dalam perbincangan tersebut adalah Cik Avigail Shai, Pegawai Bahagian Malaysia, Brunei and Singapura.

Beliau kemudiannya  turut membuat kunjungan hormat ke atas Professor William Maley, penyandang Kursi dan Pengarah Asia-Pacific College of Diplomacy, Australian National University (ANU) pada 8 Disember 2011. Profesor William Maley adalah nama yang terkenal dan berpengalaman dalam bidang diplomasi. Beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat di Russian Diplomatic Academy, Felo Pelawat di Centre for Study of Public Policy di University of Strathclyde dan Felo Penyelidik Program Pengajian Pelarian di Universiti Oxford. Beliau juga pernah mengajar untuk tempoh masa yang lama di School of Politics, University of New South Wales dan Australian Defence Force Academy.

Ia kemudiannya diikuti dengan sesi perbincangan dengan Prof. Maley dan Cik Andrea Hease, Pegawai Eksekutif Asia-Pacific College of Diplomacy, ANU. Perbincangan tersebut kemudiannya turut disertai oleh Profesor Ramesh Thakur. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama antara kedua-dua institusi dalam membangunkan dan menubuhkan perkongsian pintar dalam  bidang latihan. Perbincangan selama 2 jam tersebut adalah satu perbincangan yang amat menarik dan memberansangkan, dimana kedua belah pihak berkongsi pengalaman dan idea masing-masing dalam menyediakan diplomat muda dalam memenuhi segala permintaan dunia yang kian mencabar.

YBhg. Dato’ Ku Jaafar kemudiannya menghadiri jamuan makan malam di Rumah Malaysia yang telah dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia sebelum berangkat pulang ke Malaysia keesokkan harinya.