logo ms

Ahad, 03 Julai 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri Malaysia

perhimpunan_khas1204

Dua wakil daripada IDFR telah menghadiri satu perhimpunan khas penjawat awam bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada 8 Mac 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perhimpunan yang berlangsung selama dua jam tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Omar Haji Othman, Presiden CUEPACS dan disusuli dengan amanat oleh YAB Perdana Menteri.

Pada kemuncak amanat YAB Perdana Menteri, beliau telah membuat beberapa pengumuman, antaranya struktur Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, pelarasan gaji mengikut gred-gred yang berlainan, pengubahsuaian Jadual Gaji Matriks (JGM) kepada gaji minimum-maksimum, kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup atau COLA dan lain-lain.

Perdana Menteri mengakhiri amanat beliau dengan harapan agar penjawat awam dapat terus mencipta lebih banyak sejarah kejayaan dalam menuju masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

perhimpunan_khas1206 perhimpunan_khas1207 perhimpunan_khas1208