“… idea penubuhan Commission on Global Governance for the 21st Century. Beta percaya ia satu idea yang tepat pada masanya.”
Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, berangkat tiba ke Institut ini pagi tadi untuk menyampaikan Titah DiRaja yang bertajuk Challenges of Global Governance and the New Era of Diplomacy. Titah DiRaja tersebut merupakan yang pertama oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah semenjak Tuanku berkenan menjadi Penaung DiRaja IDFR pada bulan Julai 2011.
Sehubungan Titah DiRaja tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, antara lain, tentang penubuhan Commission on Global Governance for the 21st Century, yang “mungkin terbaik dilaksanakan bersama-sama rakan serata dunia yang dedikasi dan berfikiran sama. Inisatif sebegini akan mewakili satu usahasama yang benar-benar sejagat.”
Selain Titah DiRaja, satu perbincangan meja bulat yang dijalankan secara tertutup telah diadakan bersama para peserta program Sarjana dan program Diploma in Diplomacy 2012 IDFR. Perbincangan tersebut membuka ruang untuk perkongsian idea dan pandangan tentang pentadbiran global dan isu-isu hubungan antarabangsa antara kedua-dua kumpulan peserta bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah.