logo ms

Ahad, 03 Julai 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Lawatan ke Kompleks Kraftangan Malaysia

kraf1201

Pada 1 Ogos 2012, kesemua 24 orang peserta dari program Diploma Diplomasi IDFR telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraftangan Malaysia. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada hasil kraftangan tempatan serta memberi peluang kepada mereka sebagai diplomat muda, untuk memahami keunikan seni ukiran dan kemahiran tangan yang bermotifkan budaya Malaysia.

Sepanjang lawatan tersebut, para peserta telah didedahkan kepada sejarah disebalik pembuatan Keris dan seni ukirannya, demonstrasi ukiran kayu dan lukisan batik, dan juga permainan tradisional Melayu, iaitu Gasing, dimana para peserta telah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam permainan tersebut.

Pada masa yang sama, Promosi Krat Aidilfitri 2012 turut diadakan di kompleks berkenaan. Turut hadir adalah YB Datuk Richard Riot anak Jaem, Timbalan Menteri Luar Negeri.

kraf1202i kraf1203 kraf1204