Rabu, 12 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Tadarus Al-Quran Sempena Aktiviti Ramadhan 1433H

tadarus1201

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, satu kelas tadarus Al-Quran telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan bermula pada 23 Julai 2012 hingga 14 Ogos 2012. Kelas tadarus ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu muslimin yang dibimbing oleh Ustaz Hassan Mohd Ali, guru Bahasa Arab IDFR dan kumpulan muslimah dibimbing oleh Ustazah Sakdiah Mohamed Nusi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kelas diadakan dari jam 12.30 tengah hari sehingga 1.45 petang diikuti dengan solat Zohor berjemaah.

Suatu Majilis Penutup Tadarus Al-Quran telah diadakan pada 14 Ogos 2012. Kelab Kebajikan IDFR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan Majlis Tadarus Al- Quran bersempena dengan bulan Ramadhan 1433H.

  tadarus1202 tadarus1203

fbk

twt

int

tk

yt