logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Seminar Peningkatan Daya Saing Melalui Kreativiti Dan Inovasi

sdayasaing1201


Persekitaran masa kini yang penuh dengan persaingan memerlukan organisasi memberi fokus kepada aspek kreativiti dan inovasi. Kedua-dua aspek ini amat penting ke arah memacu agenda transformasi negara dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti hidup.

Berdasarkan isu-isu berkenaan, Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar sehari pada 9 Oktober 2012, di Hotel Avillion Legacy, Melaka, yang dihadiri oleh Puan Kamariah Jaafar, Timbalan Pengarah Perpustakaan, IDFR.

Seminar yang bertemakan Kompetitif Melalui Kreativiti dan Inovasi bertujuan menyediakan satu platform perkongsian pengetahuan dan berpengalaman tentang pentingnya kreativiti dan inovasi dalam sebuah organisasi. Seminar tersebut turut memberi pendedahan tentang cabaran yang dihadapi dalam mencapai kecemerlangan,kreativiti dan inovasi pengurusan disamping memberi idea-idea untuk meningkatkan lagi prestasi sesebuah organisasi.

Empat kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah ternama seperti berikut :

  1. Penerapan Kreativiti dan Inovasi dalam Meningkatkan Prestasi Organisasi oleh YBhg. Datuk Prof. Madya  Dr. Yusuf Kasim, Pengarah UUM, Kuala Lumpur;
  2. Kreativiti dan Inovasi : Cabaran Masa Kini oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Abu Bakar Mohd Diah, Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Ketua Menteri Melaka;
  3. What Happens When Technology Innovation Capacity ss Disconnected from the Humanistic Values of Creativity, Imagination and Engagement ? oleh YBhg. Prof Dr. Nor Aishah Buang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan
  4. Kecemerlangan Melalui Pengurusan Kreativiti dan Inovasi oleh YBhg. Dato’ Prof Dr. Hashim Yaacob, Timbalan Canselor Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).

Seminar tersebut ditutup dengan rasminya oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Abu Bakar Mohd Diah, mewakili Ketua Menteri Melaka.

sdayasaing1202 sdayasaing1203