logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Dua Pegawai IDFR Lulus Pengajian Diploma Terjemahan

Dua pegawai dari Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan – Puan Alina Murni Md. Isa dan Puan Noraini Awang Nong – telah mendaftarkan diri dalam program Diploma Penterjemahan Profesional - Modul Komunikasi Umum yang dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada bulan Oktober 2011. Baru-baru ini, pegawai-pegawai tersebut menerima berita gembira bahawa mereka telah lulus kursus tersebut dengan Kepujian.

Sesi pembelajaran telah dijalankan pada setiap hari Sabtu, dari pukul 2 hingga 5 petang, selama enam bulan. Pada setiap minggu, para peserta telah didedahkan kepada topik-topik yang berlainan, antaranya ilmu semantik, sintaksis dan proses terjemahan. Enam puluh peratus daripada markah keseluruhan dinilai daripada kerja kursus, manakala 40 peratus lagi dinilai daripada peperiksaan akhir. Para fasilitator terdiri daripada golongan penterjemah dan mereka sentiasa memberi galakan serta turut bersedia untuk memberi maklum balas melalui e-mel dan telefon bimbit.

Kedua-dua pegawai tersebut bakal menghadiri majlis graduasi bersama 21 peserta yang lain, yang akan dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia dalam waktu terdekat.