logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Perpustakaan IDFR menerima Anugerah Perpustakaan Gunasama Cemerlang 2011

a_lib1201i

Dalam usaha untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan ilmu dalam bidang kepakaran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) iaitu hubungan antarabangsa, diplomasi, pengajian strategik dan lain-lain bidang berkaitan, Perpustakaan IDFR telah dinilai dan berjaya menerima pengiktirafan Anugerah Perpustakaan Gunasama Cemerlang 2011 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.

Satu majlis telah diadakan bagi penyampaian Plak dan Sijil Penghargaan oleh YBhg. Dato’ Raslin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sempena Mesyuarat Ikhtisas Perpustakaan Gunasama Kumpulan Pengurusan dan Professional 2012 pada 5 November 2012 di Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat tersebut telah diwakili oleh Cik Nor Azura Mior Daud, Penolong Pengarah Perpustakaan IDFR.

Sejumlah lima buah perpustakaan gunasama telah terpilih untuk menerima Anugerah Perpustakaan Gunasama Cemerlang 2011 daripada 140 buah Perpustakaan Gunasama Perpustakaan Negara Malaysia yang diketuai oleh Pustakawan Kumpulan Pengurusan dan Professional. Jumlah keseluruhan Perpustakaan Gunasama seluruh Malaysia yang diketuai oleh Pustakawan samada daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional atau Kumpulan Sokongan adalah sebanyak 509 buah perpustakaan. Penilaian penganugerahan adalah berdasarkan daripada laporan program galakan membaca tahunan yang perlu diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia pada setiap hujung tahun. Antara kriteria yang dinilai adalah dari aspek koleksi perpustakaan, inisiatif digital, pengurusan kualiti berterusan, titik sentuhan, inovasi, kompetensi staf dan instrastruktur perpustakaan.

Penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada Perpustakaan IDFR untuk mencapai kecemerlangan perpustakaan dengan lebih gemilang dalam menjana sumber ilmu dan maklumat ke arah mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan serta berbudaya membaca.

Dikesempatan ini, Perpustakaan IDFR ingin mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah IDFR, YBhg. Ambassador Timbalan Ketua Pengarah IDFR dan semua warga IDFR yang turut memberi sokongan dan penglibatan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sebarang program dan aktiviti anjuran Perpustakaan IDFR.

a_lib1202i  a_lib1203i a_lib1204i

Dilaporkan oleh : Nor Azura Mior Daud
Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat