logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Majlis Iftar

iftar1301

Majlis iftar Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri telah berjaya diadakan di Dewan Serbaguna IDFR pada 1 Ogos 2013. Majlis iftar yang penuh meriah Itu dianjurkan oleh Kelab Kebajikan IDFR.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Rosli Hj. Hassan selaku Pengerusi Kelab Kebajikan IDFR diikuti ucapan Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR.

Guru Bahasa Sepanyol IDFR, Señor Arifin Gutierez Abdullah kemudiannya memberi tazkirah di mana beliau berkongsi pengalaman peribadinya semasa pertama kali mengenali agama Islam dan bagaimana beliau kemudiannya menjadi seorang penganut agama Islam.

YBhg. Ambassador Aminahtun Haji A. Karim, Timbalan Ketua Pengarah IDFR, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan dari semua bahagian hadir di majlis tersebut bersama-sama  peserta-peserta dari program Master dan Diploma in Diplomacy (DID). Majlis iftar itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga warga IDFR.

Laungan Azan telah menandakan masuknya waktu iftar. Setelah menikmati hidangan buah kurma, kuih-muih dan minuman yang disediakan, semua hadirin yang beragama Islam berkumpul untuk solat Maghrib yang diketuai oleh Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari sendiri. Majlis diteruskan dengan juadah makan malam. Para hadirin menjamu selera dengan menu utamanya nasi briyani dan pelbagai hidangan sampingan seperti sate, murtabak, dan roti jala yang disumbangkan oleh semua bahagian.

Selepas  solat Isyak dan Tarawikh, majlis iftar yang penuh meriah itu diakhiri dengan sesi Moreh.   

Dilaporkan oleh: Logini Sreedharan
Intern daripada Universiti Utara Malaysia (UUM),
Bahagian Akademik, Penerbitan dan Penyelidikan


iftar1302 iftar1303

Reported by: Syahrul Nizzam Nordin
Intern from University of Tun Abdul Razak
Academic Studies, Research, and Publication Division