logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Lawatan Sambil Belajar oleh Para Peserta 'Program Pemimpin Perdana' ke IDFR

img_9428

Dua puluh sembilan peserta dari 'Program Pemimpin Perdana' yang merupakan projek kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan, UNIRAZAK dan beberapa agensi lain mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) pada 6 November 2012. Lawatan itu merupakan pendedahan awal kepada para peserta mengenai peranan dan fungsi hubungan luar dan diplomasi yang merupakan salah satu aspek penting yang perlu difahami oleh bakal pemimpin pada masa depan.

Lawatan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Ambassador Aminahtun Hj. A. Karim, Timbalan Ketua Pengarah IDFR. Taklimat yang berikutnya disampaikan oleh Cik Romaiza Abd Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Latihan mengenai latar belakang IDFR, peranan dan fungsi setiap bahagian di IDFR, program latihan utama serta aspek-aspek lain di IDFR.

Bagi memberikan peluang dimensi kefahaman mengenai bidang diplomasi, sesi soalan jawab diadakan selepas taklimat tersebut. Soalan-soalan adalah berkisar kepada pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh para pegawai sepanjang perkhidmatan mereka, dalam menangani isu-isu diplomatik yang sangat sensitif dan penting untuk mengekalkan hubungan baik di antara Malaysia dan dunia luar.

Para peserta juga telah dibawa melawat untuk melihat kemudahan dan infrastruktur umum untuk program kuliah, seminar, perbincangan meja bulat dan latihan. Pihak IDFR mengharapkan agar lawatan ini berjaya memberikan pemahaman asas mengenai aspek hubungan luar dan diplomasi sebagai barisan hadapan hubungan Malaysia dengan masyarakat global.

Dilaporkan oleh : Mohd Azlan Mohd Safwan
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat