logo ms

Selasa, 15 Oktober 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Persidangan Antarabangsa ‘9/11 Revisited – Seeking the Truth’

globalpeace1202i

Satu Persidangan Antarabangsa ‘9/11 Revisited – Seeking the Truth’ ' telah dianjurkan pada 19 November 2012 di Kuala Lumpur oleh Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF). YBhg. Dato 'Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dan YBhg. Ambassador Aminahtun Hj. A. Karim, Timbalan Ketua Pengarah serta para pegawai kanan adalah di antara kalangan jemputan yang hadir, termasuk kor diplomatik, media, ahli akademik, personaliti NGO dan para pelajar universiti.

Sesi pembukaan dimulai dengan ucaptama oleh YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PGPF dan juga Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat (16 Julai 1981- 31 Oktober 2003). Empat sesi perbincangan secara berturut-turut diadakan meliputi aspek berikut : Sesi 1: What Really Happened on 9/11?. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed, Pemegang Amanah PGPF dan para penceramah terdiri daripada Miss Cynthia McKinney, mantan Kongres AS/Pesuruhjaya bagi Citizens’ Commission on 9/11; Mr. James Corbett, wartawan dan prosedur filem dan Mr. Richard Gage, pengasas Architects & Engineers for 9/11 Truth.

Sesi II: Fear Syndrome dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Hasmy Agam, Pengerusi SUHAKAM dan para penceramah terdiri daripada Prof Michel Chossudovsky, Profesor Ekonomi, Universiti Ottawa; Prof Graeme MacQueen, Pengarang dan Penganjur Toronto 9/11 Hearings serta Prof Niloufer Bhagwat, Profesor Perlembagaan Perbandingan Undang-Undang,Universiti Mumbai, India.

Sesi III: Post 9/11 – Global Consequences dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr Mohd Ghazali Hj. Md Noor, Adjung Kanan, Tindakan Strategi Sdn Bhd dan para penceramah terdiri daripada : Prof Dr Hans Koechler, Universiti Brunswick Austria; Mr. Giulietto Chiesa, bekas Ahli Parlimen EU/ahli politik Itali dan Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (International Movement for a Just World).

Sesi IV: 9/11 and War Crimes - Satu panel perbincangan dan cadangan telah  dipengerusikan oleh Prof. Gurdial Singh Nijar, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Malaysia dan lebih sembilan penceramah menyampaikan pandangan dan cadangan mereka dalam perkara ini.

Sesi penutup disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Norian Mai, Pengerusi PGPF dan diikuti dengan persidangan akhbar.

Kebanyakan penceramah menyatakan pandangan mereka bahawa serangan ke atas dua Menara Pusat Dagangan Dunia dan keruntuhan WTC 7 telah dirancangkan lebih awal sebagai mana tiga bangunan jatuh dengan ciri-ciri keruntuhan secara terkawal. Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa PGPF begitu dedikasi dalam mencari kebenaran di sebalik apa yang berlaku pada 9/11. Beliau juga berkata bahawa media alternatif telah menyediakan ruang untuk semua orang menulis bagi memberikan keyakinan dan mempengaruhi warga dunia dalam menuntut siasatan baru dilaksanakan.

.

globalpeace1204i globalpeace1201i globalpeace1203i


Dilaporkan oleh : Rahimah Yeop
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan