logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Diplomatic Training Course For Myanmar Officials

DTC-Myanmar1201_i

Kursus Latihan Diplomatik Pegawai Myanmar


Kerajaan Malaysia sedang menganjurkan kursus latihan diplomatik untuk 50 pegawai Kerajaan Myanmar bermula pada 22 November 2012 sehingga 12 Disember 2012. Penganjuran kursus ini merupakan salah satu hasil perbincangan semasa lawatan rasmi YAB Dato’ Sri Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan juga lawatan rasmi YB Dato’ Sri Anifah Hj Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia ke Republik Kesatuan Myanmar pada Mac 2012.

Kursus anjuran Institut Diplomasi dan Hiubungan Luar, Kementerian Luar Negeri, Malaysia, ini merupakan di bawah tajaan Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Ia bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan keupayaan pegawai ketika Myanmar menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2014, terutamanya dalam penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan. Pegawai daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian-Kementerian serta agensi di Myanmar yang berkaitan akan diberi pendedahan dan latihan khusus mengenai fungsi dan tugas sebagai Pengerusi ASEAN serta persediaan penganjuran secara keseluruhan.


Dilaporkan oleh: Jarin Sijaya Abdul Hathi
Bahagian Latihan