Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri telah berjaya melaksanakan kursus Orentasi Ketua-ketua Perwakilan Malaysia dan Pasangan bagi siri kedua. Kursus ini telah diadakan dari 3 hingga 7 Disember 2012. Seramai 24 orang peserta daripada Kementerian Luar Malaysia telah mengikuti kursus ini.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai gambaran dan fungsi serta tanggungjawab sebagai Ketua Perwakilan dan juga Pasangan untuk berhadapan dengan isu-isu dalaman Malaysia dan juga isu-isu antarabangsa bagi meningkatkan kemahiran diplomasi sebagai. Sebagai memenuhi objektif tersebut, IDFR telah merangka beberapa modul merangkumi ceramah dan panel diskusi bersama ketua-ketua bahagian dan jabatan dari Kementerian Luar Negeri Malaysia, agensi-agensi Kementerian dan beberapa tokoh korporat.
Sebanyak tiga panel diskusi telah diadakan sepanjang kursus ini dijalankan. Panel diskusi yang pertama adalah bertajuk “Traditional and New Media” oleh TYT Maria Isabel Rendon, Duta Besar Republik Agentina ke Malaysia, Encik Zukiman Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA dan Encik Kamarul Baharin Haron, Wartawan daripada ASTRO Awani. Panel diskusi yang kedua bertajuk “Challenge in The Middle East” oleh Assoc Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusoff, Institut Kajian Rantau Asia barat,UKM dan Profesor Dr. Jamil Faooqui, Bahagian Sosiologi dan Antropologi,UIA. Panel Diskusi ketiga bertajuk “Economic Transformation Programme” oleh YBhg. Dato’ Ahmad Suhaili Idrus, Pengarah NKRA (UPT), NKEA (Greater KL), PEMANDU dan Prof. Madya Dr. Madeline Berma, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.
Para peserta telah diberi peluang untuk mendengar ceramah bertajuk “Towards ASEAN Community 2015” oleh YM Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Timbalan Ketua Pengarah, Komuditi Ekonomi ASEAN (AEC), Skretariat Kebngsaan ASEAN-Malaysia dan yang kedua “National/Global Economic Issues” oleh YBhg. Profesor Dato’ Noor Azlan Ghazali, Timbalan Naib Canselor, UKM.
IDFR juga telah mengatur dua ceramah makan malam, pertama adalah “Expectation on the Roles of Heads of Mission” oleh YBhg. Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia dan yang kedua oleh YBhg. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.
Selain itu, peserta turut mendengar ceramah bertajuk “Global Movement of Moderates” , “Talent Corp Malaysia”, “Human Rights and Malaysia”, “Government Transformation Programme”, “Economic Diplomacy”, “Royal Protocol” dan “Dealing with Media”.
Beberapa program khusus bagi pasangan para peseta telah dimuatkan ke dalam kursus ini di antaranya demonstrasi masakan yang dikendalikan oleh Pensyarah Kulinari daripada UiTM, dan bengkel komunikasi efektif, kemahiran pembentangan, pengucapan awam daripada Professional Development Unit, British Council Malaysia dan ceramah bertajuk “The Role of Spouse” yang telah disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Jazliza, Presiden PERWAKILAN.
Majlis perasmian penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus telah dirasmikan oleh YB Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri Malaysia yang telah diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. IDFR percaya bahawa kursus ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan akan menambahbaik lagi modul kursus supaya ia sentiasa releven dengan keperluan, visi, misi dan aspirasi Kementerian Luar Negeri.
Dilaporkan Oleh : Mohd Farid Mohd Arif
Bahagian Latihan