logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Seminar Penilaian Laman Web dan Portal Agensi Kerajaan 2012

mgpwa2012Pada 12 Disember 2012, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah berjaya menganjurkan Seminar MGPWA 2012 di Marriott, Putrajaya. Ucaptama disampaikan oleh YBhg. Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MDeC dan kemudiannya acara ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah MAMPU, dan beliau memperjelaskan bahawa semenjak program penilaian ini bermula pada tahun 2005, terdapat peningkatan pada tahun ini, yang mana bilangan portal dan laman web agensi-agensi kerajaan yang dinilai meningkat dari 903 kepada 1,348. Walau bagaimanapun, daripada 1348 portal dan laman web yang dinilai, hanya 281 yang mendapat penarafan 5 bintang.

Bagi tahun 2012, 28 agensi telah dipilih untuk menerima Anugerah Strategic Achievers. Penilaian ke atas Anugerah Strategic Achievers dibuat dengan menilai pematuhan utama, yang terdiri daripada: Insiden keselamatan ICT, Ujian penembusan, Tiada aduan awam terhadap portal dan laman web serta Penggunaan Bahasa Inggeris yang tepat. Seterusny,a diadakan majlis penyampaian plak dan sijil kepada penerima Anugerah Strategic Achievers dan agensi yang berada pada kedudukan ketiga dan teratas bagi penarafan 5 bintang.

Ucapan penutup pula disampaikan oleh En. Saifol Bahri Mohamad Shamlan, Naib Presiden Public Governance, MDeC.

mgpwa2012sijil mgpwa2012top5

Dilaporkan oleh : Zaiza Haji Ali
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat