logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Sambutan Hari Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan Terhadap Wanita

wanita1

Sambutan Hari Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan Terhadap Wanita peringkat kebangsaan telah diadakan pada hari Rabu, 19 Disember 2012 di Universiti Tenaga Nasional Malaysia. Ia telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Acara yang bertemakan Sambut Tangan Ku telah dirasmikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dan diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang keganasan terhadap wanita yang menurut statistik, bukan sahaja berleluasa di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Dalam ucapan beliau, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menegaskan kepada para hadirin, antara mereka, kakitangan pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan, penuntut universiti dan ahli kumpulan belia, tentang tanggungjawab kita untuk bersatu bagi menangani keganasan. Beliau turut menggesa para hadirin untuk mendapatkan bantuan sekiranya mereka atau sesiapa yang mereka kenali menjadi mangsa keganasan, tidak kira secara fizikal, emosional, seksual ataupun dari segi kewangan. Datin Paduka Seri turut also memetik ucapan Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-moon yang menyeru agar keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dihentikan.

Acara tersebut berakhir dengan tayangan video yang mengetengahkan kemampuan kita untuk bertindak dan membantu adik atau kakak, ibu, ibu saudara, nenek, rakan atau jiran kita serta wanita lain dari terus menjadi mangsa keganasan.

IDFR telah diwakili oleh Puan Noraini Awang Nong, pegawai dari Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan, bagi pihak Ketua Pengarahnya.


wanita

Dilaporkan oleh : Noraini Awang Nong
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan