logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Kursus Orientasi Bagi Pasangan Diplomat Malaysia September - Disember 2012

spouse2012

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) telah menganjurkan Kursus  Orientasi Pasangan Diplomat Malaysia yang baru diperkenalkan dari bulan September hingga bulan Disember dengan jayanya. Kursus ini direka khas untuk pasangan kepada para diplomat Malaysia serta untuk ahli Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri Malaysia (PERWAKILAN).

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi persediaan kepada para  pasangan diplomat mengenai peranan dan tanggungjawab apabila mengiringi pasangan mereka ke luar negara. Kandungan kursus yang telah disediakan adalah berdasarkan perbincangan dengan YBhg. Datin Sri Siti Rubiah Abdul Samad, Patron dan isteri kepada Menteri Luar Negeri, YBhg.Puan Sri Jazliza Jalaluddin, Presiden PERWAKILAN,  YBhg. Dato ' Rohana Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan Wisma Putra dan YBhg. Ambassador Aminahtun Hj. A Karim, Timbalan Ketua Pengarah IDFR.

Terdapat tujuh siri modul yang telah dijalankan bermula pada 5 September 2012. Siri  pertama bertajuk “Perks and Privileges” yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato Nor'Aini Abd Hamid, Ketua Inspektorat dari Kementerian Luar Negeri dan “Protokol Diraja” telah disampaikan oleh Encik Omar Baba, penasihat protokol. Siri kedua telah diadakan pada 19 September 2012 di mana ia memberi tumpuan kepada tajuk “Emosi dan Pengurusan Stress” dan “Resepsi dan Jamuan Rasmi” yang telah disampaikan oleh Puan Shahreen Kamaluddin, Pengarah Shahreen Corporate Communications.

Siri ketiga bagi kursus ini telah diadakan pada 10 Oktober 2012. Modul yang disampaikan adalah “Kemahiran Komunikasi” oleh Cik Jackie Clarke, guru bahasa dari Unit Pembangunan Profesional, British Council Malaysia. Siri kelima iaitu “Demonstrasi Memasak dan Praktikum” telah disampaikan oleh Encik Mohd Zain Kutut, Pensyarah dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kulinari, Jabatan Seni Kulinari & Gastronomi, Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan, UiTM.

Seterusnya pada 31 Oktober 2012, modul “Bahasa Inggeris dan Pengucapan Awam” telah dijalankan oleh Puan Joyce Abraham, guru bahasa Inggeris dari IDFR. Manakala modul keenam adalah pada 7 November 2012 bertajuk  “Kemahiran Penulisan Rasmi dan Pengurusan Mesyuarat” oleh Dr Abdul Rahim Said, Perunding daripada Rahimsaid Consulting Services. Seterusnya siri ketujuh telah diadakan pada 28 November 2012 iaitu  bertajuk “Penampilan Diri” dan juga “Pengurusan Majlis Rasmi”  telah dikendalikan oleh Puan Rahimah Yeop, Pengarah Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan IDFR .

Modul terakhir bagi kursus ini telah diadakan pada 20 Disember 2012 bertajuk “Bekerja Berkumpulan dan Kepimpinan”  telah disampaikan oleh Dr. Abdul Rahim Said, Perunding daripada Rahimsaid Consulting Services”. dan Presiden PERWAKILAN, YBhg. Puan Sri Jazliza Jalaluddin juga telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Peranan Pasangan” kepada peserta kursus.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR. Majlis diteruskan dengan jamuan makan tengah hari yang  diadakan di dewan makan VIP IDFR. Para peserta keseluruhannya berpuashati terhadap kursus yang telah diadakan. Mereka juga telah menyatakan minat untuk mengambil bahagian dalam mana-mana program yang akan diadakan di IDFR khususnya kursus yang melibatkan pasangan para diplomat.

Dilaporkan oleh : Mohd Farid Mohd Arif
Bahagian Latihan