logo ms

Rabu, 30 November 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Ceramah mengenai Langkah-Langkah Keselamatan Kebakaran

fire safety

Satu ceramah mengenai 'Langkah-Langkah Keselamatan Kebakaran' oleh Encik Jeff  Tan dari Safety Protection Academy  telah diadakan pada 18 Januari 2013 di Auditorium IDFR. Ceramah pendidikan ini disertai oleh semua kakitangan di IDFR. Objektif utama ceramah ini disampaikan adalah bagi mewujudkan kesedaran untuk mencegah dan mengurangkan kemungkinan berlakunya kebakaran yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Menerusi ceramahnya, beliau memperkenalkan beberapa jenis kebakaran dan menekankan pentingnya strategi untuk mencegah kebakaran yang perlu disediakan di setiap bangunan. Strategi pencegahan tersebut, termasuk pemasangan pemadam api dan sistem pengesanan asap di bangunan-bangunan kediaman. Selain daripada itu, Encik Jeff juga memaklumkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan  semasa berlakunya kebakaran.

Dilaporkan oleh : Shereena Kamarulzaman
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan