logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Archived Articles
  • Forum bertajuk "Middle East Revisited: Geo Strategic Implications, Democratic Transformation Challenge and the Economic Development Potential (Case of Egypt)"

Forum bertajuk "Middle East Revisited: Geo Strategic Implications, Democratic Transformation Challenge and the Economic Development Potential (Case of Egypt)"

3

Pada pagi ini, IDFR dengan kerjasama Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD), Alumni IDB Malaysia and Persatuan Alumni USC menganjurkan forum bertajuk Middle East Revisited: Geo Strategic Implications, Democratic Transformation Challenge and the Economic Development Potential (Case of Egypt).

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaacob, Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan tetamu  kehormat di majlis tersebut.

Forum tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR dan ucapan oleh Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed, Presiden Alumni PTD. Ianya diikuti oleh perbincangan forum di mana Dato’ Dr. Mohamed Ghazali Md. Noor, Presiden Alumni IDB Malaysia yang bertindak sebagai moderator.

 Ahli-ahli panel forum tersebut terdiri daripada Dr. Azmi Hassan, ahli geostrategi, Institut Geospatial dan Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia; Dr. Farish Noor, Distinguished Fellow IDFR dan Profesor Madya di Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University; dan Dr. Ali Soliman, mantan Ketua Eksekutif, Islamic Corporation of the Development of the Private Sector, IDB Group dan Profesor di British University of Egypt. Dr. Azmi telah berbicara  mengenai Geo Strategic Implications and Consequences of Post Arab Spring Middle East; Dr. Farish Noor telah berkongsi pandangan beliau tentang Democratic Transformation of Post Arab Spring Middle East-Challenge of Governance dan Dr. Ali Soliman telah memberi penghuraian berkenaan Economic Development Potential (Case of Egypt). Sesi soal jawab telah diadakan pada penghujung forum di mana lima tetamu yang hadir telah mengambil peluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli panel. Lebih kurang 150 peserta menghadiri forum selama tiga jam tersebut.


Dilaporkan oleh : Noraini Awang Nong
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

124