Ceramah Eksekutif INTAN bertajuk 'Leadership and Human Governance'
Dalam ceramah beliau, Profesor Dato’ Dr. Aziuddin telah menyatakan bahawa kepimpinan adalah berkait akhlak dan membuat keputusan yang mempunyai tanggungjawab moral, dan jalan yang diambil untuk mencapai sesuatu adalah penting. Menurut beliau juga, untuk mengajar sesuatu konsep, seorang ketua yang baik mesti pernah mengalami konsep tersebut. Beliau telah menggunakan contoh buah pisang. Seorang ketua yang baik mesti pernah melihat, memegang atau memakan buah pisang sebelum beliau mampu mengajar tentang buah tersebut. Tadbir urus pula, menurut Profesor Dato’ Dr. Aziuddin, adalah pembuatan keputusan dan kepimpinan dari dalaman, dan membuat sesuatu yang betul walaupun tiada yang melihat (doing the right thing even when no one is looking). Sepanjang ceramah beliau, Profesor Dato’ Dr. Aziuddin turut menekankan kepentingan rasa hormat, adab, budi bahasa dan kemanusiaan. Satu nasihat beliau yang meninggalkan kesan mendalam kepada para hadirin adalah untuk mereka melakukan sesuatu yang tidak dilakukan orang lain dan meninggalkan impak (go where no one has gone and leave a trail).