logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Lawatan Menteri Perkhidmatan Awam dan Insurans, Republik Yemen ke IDFR

minister_yemen2013_1

Pada hari Khamis, 20 Jun 2013, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) diberi penghormatan untuk menyambut kedatangan Encik Nabil Abdul Shamsan, Menteri Perkhidmatan Awam dan Insurans, Republik Yemen yang pertama kali melawat Institut ini. Beliau disambut oleh YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR dan Pengarah-Pengarah Bahagian yang lain.

Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif di antara delegasi dari Yemen dengan para pengarah dan pengawai IDFR.

Selepas itu, Encik Nabil Abdul Shamsan dibawa melihat kemudahan-kemudahan di Institut ini. Beliau turut melawat para peserta program Crisis Management di dalam kelas.

Pada akhir lawatan, Dato’ Ku Jaafar dan Encik Nabil Abdul Shamsan telah bertukar cenderamata.

minister_yemen2013_2 minister_yemen2013_3

Dilaporkan oleh: Syahrul Nizzam Nordin
Pelatih Indsutri dari Universiti Tun Abdul Razak
DIterjemahkan oleh: Aida Hanim Shoib
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan