logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Konvensyen Perpustakaan SeMalaysia 2013

konvensyen_lib2013_1

Konvensyen Perpustakaan SeMalaysia 2013 telah diadakan dengan jayanya pada 4 Julai 2013 bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Objektif konvensyen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga pustakawan berkaitan pembangunan dan perkembangan perpustakaan di Malaysia, menyediakan ruang untuk mereka berkongsi ilmu tentang peranan yang perlu dimainkan secara keseluruhan dan mengangkat peranan perpustakaan agar terus relevan dalam pembangunan negara.

Konvensyen yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan tema ‘Merakyatkan Ilmu, Memartabatkan Perpustakaan’ ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Operasi).

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Dr. Ismail Alias berkata 'Strategi Lautan Biru' atau kolaborasi dengan pelbagai pihak, mampu menjana minda dan kreativiti lebih dinamik sekali gus memenuhi harapan semasa masyarakat yang sentiasa mahukan maklumat dengan cepat di hujung jari. Di samping itu, perpustakaan di negara ini juga perlu diremajakan agar kekal relevan di mata masyarakat sejajar dengan arus fenomena global yang menuntut transformasi menyeluruh dan berstruktur.

Konvensyen sehari ini telah dihadiri 400 pustakawan dan melibatkan empat sesi forum dan pembentangan kertas kerja berkaitan perkembangan semasa serta cabaran dalam memperkasa institusi perpustakaan di negara ini.Majlis penutup telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato’ Raslin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. IDFR telah diwakili oleh Cik Nor Azura Mior Daud, Penolong Pengarah Perpustakaan IDFR.

konvensyen_lib2013_2 konvensyen_lib2013_3


Dilaporkan oleh: Cik Nor Azura Mior Daud
Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat