logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Sesi Sign Off Projek Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) IDFR 2013-2015

Backdrop_Sign_Off_ISP

Sesi Sign Off  Projek Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP), IDFR telah berlangsung pada 30 September 2013 di Bilik Eksekutif, Blok A, IDFR. Sesi ini diadakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan ISP (JKPISP) IDFR Bilangan 4/2013 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zulkifli Yaacob, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, merangkap Pengarah Projek ISP IDFR. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Dr. Zahari Othman Ketua, Pasukan Perunding ISP MAMPU dan Encik Faizal Abu Kassim ahli Pasukan Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU serta ahli Jawatankuasa ISP IDFR.

Dalam ucapan aluannya, YBhg. Dato’ Zulkifli Yaacob menjelaskan bahawa ISP IDFR telah dibangunkan dengan kerjasama pihak MAMPU dalam tempoh enam (6) bulan bermula Mac hingga September 2013 dan merupakan dokumen yang membentangkan peranan strategik ICT dalam menyokong dan memperluaskan fungsi-fungsi IDFR. Dokumen ISP ini juga adalah Blueprint ICT IDFR untuk tempoh 2013-2015, yang bakal dilaksanakan berdasarkan pelan tindakan ICT dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti. Sepanjang tempoh pembangunan sebanyak tiga (3) masing-masing bagi bengkel dan Mesyuarat JKPISP diadakan supaya idea dan cadangan para peserta dimurnikan semula serta mendapat persetujuan ahli jawatankuasa.Beliau turut menyarankan agar projek-projek yang dirancang pada tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana KPI yang ditetapkan, iaitu:

      • Penambahbaikan Laman Web IDFR;
      • Migrasi Rangkaian 1Gov*Net;
      • Laporan Kajian Keperluan Pekakasan dan Perisian ICT;
      • Penyediaan Pelan Latihan ICT 2013-2015;
      • Kehadiran Kursus ICT; dan
      • Penyebaran Info ICT melalui e-mel.

Selepas ucapan aluan YBhg. Dato’ Zulkifli Yaacob, disusuli pula dengan sesi perbincangan bagi perkara-perkara berbangkit dengan merujuk kepada minit mesyuarat, pembentangan status pelaksanaan dan deraf akhir penulisan ISP yang disampaikan oleh Puan Zaiza Haji Ali, Pengurus Projek ISP, IDFR.

Sebelum Sesi Sign Off diadakan, YBhg. Dato’ Dr. Zahari Othman telah memperjelaskan tentang skop yang selesai dilaksanakan oleh pasukan mereka, iaitu memberi khidmat perundingan secara handholding dan coaching bagi aktiviti berikut:

      1. Menetapkan Visi, Misi, Teras Strategik ICT, Strategi ICT;
      2. Membangunkan Pelan Tindakan ICT yang mengandungi maklumat: 
          program, aktiviti, sasaran/objektif, faktor kejayaan kritikal, tempoh masa, pemilik program dan petunjuk prestasi utama (KPI);
      3. Membuat anggaran kos dan cadangan pelan pelaksanaan; dan 
      4. Membantu penulisan dokumen Pelan Strategik ICT.

YBhg. Dato’ Dr. Zahari Othman turut menasihati agar pelan tindakan ICT yang dibangunkan tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan dijadikan sebagai asas dalam memohon sebarang peruntukan projek ICT bagi tempoh 2013-2015. Sesi Sign Off selesai apabila kedua-dua pihak, iaitu IDFR diwakili oleh Dato’ Zulkifli Yaacob dan MAMPU diwakili oleh Dato’ Dr. Zahari Othman menandatangani Borang Sign Off Projek Khidmat Perundingan yang menandakan khidmat perundingan ISP oleh pihak MAMPU kepada pihak IDFR berakhir.

Sebagai penutup mesyuarat, YBhg. Dato’ Zulkifli Yaacob yang mewakili pihak IDFR telah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas komitmen, masa dan tenaga yang dicurahkan untuk merealisasikan ISP IDFR kepada kesemua ahli JKPISP, IDFR. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada Pasukan Perunding ISP, MAMPU di atas khidmat bimbingan dan perundingan sepanjang projek tersebut berlangsung.

Disediakan oleh: Pegawai Pengurusan Projek (PMO) ISP, IDFR
Seksyen ICT, Bahagain Khidmat Pengurusan dan Korporat

Cetak Emel