logo ms

Ahad, 03 Julai 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Bengkel Sistem Pengurusan Aset (Fasa 1)

asset

Bengkel Sistem Pengurusan Aset (SPA) telah diadakan pada 19 – 20 Disember 2013 di Makmal Komputer, Blok C, IDFR. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Hanita Kassim dan Encik Hawari dari Kementerian Kewangan kepada 12 orang pegawai IDFR.

Matlamat bengkel ini diadakan bertujuan memberikan persediaan, pendedahan dan pengurusan rekod aset yang lebih terancang dan sistematik kepada pegawai yang bertanggungjawab menguruskan aset di IDFR. Turut diadakan sesi ‘hands on’ penggunaan sistem tersebut oleh kesemua peserta yang hadir.

Majlis ditamatkan dengan ucapan penutup oleh Encik Nik Muhd Husbi Nik Daud, Timbalan Pengarah Seksyen Pentadbiran, Kewangan dan Sumber Manusia. Beliau mengharapkan semua peserta mendapat pengetahuan yang lebih jelas bagi kaedah penggunaan sistem berkenaan dan mengguna pakai untuk pengisian data-data aset dan inventori di IDFR.

asset2 asset3

 

Dilaporkan oleh: Urusetia Bengkel SPA
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat  

Cetak Emel