logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Majlis Perasmian "Diploma in Diplomacy (DiD) 2019"

DID 2019 2i

Majlis perasmian program "Diploma in Diplomacy (DiD) 2019" telah diadakan pada 11 Februari 2019 di IDFR. Kursus ini diwujudkan bagi memberikan pendedahan mendalam dari pelbagai sudut hal ehwal diplomasi dan hubungan antarabangsa kepada para peserta. Ini merupakan sebahagian daripada persediaan profesional para peserta di dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebagai wakil Malaysia di Perwakilan luar negara.

Majlis perasmian tersebut dihadiri oleh Datuk Mohamad Sadik Kethergany, Ketua Pengarah IDFR bersama dengan semua Ketua Pusat di IDFR. Datuk Mohamad Sadik turut menyampaikan ucapan alu-aluan beliau di mana intipati ucapannya boleh dibahagikan kepada dua sub-komponen iaitu: a) diplomat Malaysia di luar negara; dan b) kecekapan di dalam diplomasi, dengan tujuan untuk memaklumkan kepada para peserta mengenai bagaimana menjadi seorang diplomat yang baik dan efektif. Di samping itu, Datuk Mohamad Sadik turut menggariskan tiga perkara utama yang dapat mendorong para peserta untuk menjadi seorang diplomat yang berkemahiran tinggi, iaitu sikap, kemahiran dan pengetahuan. Beliau juga menekankan peri pentingnya menegakkan kepentingan dan budaya Malaysia di luar negara serta membangunkan kemahiran utama seperti komunikasi, membina rangkaian dan penulisan laporan.

Dalam ucapan beliau, Datuk Mohamad Sadik turut menegaskan beberapa kualiti yang perlu ada dalam diri seseorang diplomat bagi memperoleh tahap kompetensi yang tinggi dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan diplomasi dan hubungan diplomatik. Ia termasuk kebolehan untuk memahami isu-isu utama dengan baik; menguasai sejarah dan budaya Malaysia; dan memahami dinamik isu-isu politik dan ekonomi negara. Kepentingan mempelajari bahasa asing, menanam minat terhadap kerjaya, membina komunikasi dan rangkaian, serta kemahiran menulis laporan turut ditekankan.

Ucapan alu-aluan Datuk Mohamad Sadik bukan sahaja telah memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai kursus DiD kepada para peserta, malahan telah menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus berusaha sepanjang kerjaya mereka.

DID 2019 1i DID 2019i

Disediakan oleh:
Nurul Izzati Mohd Zawawi
Nor Ayu Zie Mohammad Khairul Anwar
Syarifah Nor Amirah Syed Shamsudin
Peserta DiD 2019

Cetak Emel