Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Pelancaran Buku: 'A UN Chronicle'

un chronicle1401

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) sukacita mengumumkan penerbitan terbarunya iaitu 'A UN Chronicle' oleh Razali Ismail(Tan Sri) bersama Sharifah Shifa al-Attas. Ia berkisar tentang perkhidmatan beliau di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula dari pelantikan beliau sebagai Wakil Tetap Malaysia ke PBB sehingga dilantik sebagai Duta Khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar dari tahun 2000 hingga 2005.

Tan Sri Razali Ismail dalam buku ini meninjau kembali era perkhidmatannya di PBB sewaktu diplomasi pelbagai hala mencari halatuju selepas berakhirnya Perang Dingin. Beliau memberi gambaran bagaimana Malaysia memperjuangkan misi diplomatiknya dan turut mendedahkan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku serta memerihalkan aspek kepimpinan di PBB seperti yang dilaluinya semasa menjadi pengerusi Majlis Keselamatan pada tahun 1989 dan Perhimpunan Agung dari tahun 1996 sehingga 1997. Tan Sri Razali juga menjelaskan peranan yang dimainkan Malaysia dalam beberapa isu utama yang timbul pada masa tersebut.

Buku tersebut dilancarkan pada 30 April 2014 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di IDFR. Acara tersebut dihoskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Othman Hashim dan dihadiri oleh tetamu-tetamu dari Kementerian, perwakilan asing, pelbagai agensi kerajaan, universiti, pertubuhan, sektor swasta dan pihak media.

Dalam ucapannya secara spontan, Tun Dr. Mahathir menyuarakan sokongannya ke atas usaha Tan Sri Razali dalam menulis buku tersebut dengan hasrat segala dialog dan perbincangan mengenai reformasi dan perubahan dalam PBB mampu mendorong ke arah masa depan yang lebih baik. Beliau mengakui bahawa ia adalah satu tugasan yang amat mencabar disebabkan oleh struktur PBB sendiri dan hakikat bahawa “mereka yang berkuasa benci melepaskan kuasa”.

Tun Dr. Mahathir turut mengimbau kembali zaman beliau menyampaikan ucapannya di PBB sebagai salah seorang ahli delegasi dan menggambarkan Tan Sri Razali sebagai seorang individu yang sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau berharap buku tersebut menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua dan turut berkongsi pandangannya terhadap buku tersebut dengan para hadirin secara berseloroh.

'A UN Chronicle' dijual pada harga RM100.00 dan boleh didapati di IDFR. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-2149 1043/1044/1160.

un chronicle1402 un chronicle1403 un chronicle1404

Dilaporkan oleh: Zanariah Abdul Malek
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

fbk

twt

int

tk

yt