logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Royalty and Palace Protocol 2017

protocol course main

Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC) telah menganjurkan kursus Royalty and Palace Protocol pada 15 Jun 2017 yang dihadiri oleh para pegawai IDFR, sebagai persediaan penganjuran Majlis Titah Amanat IDFR, yang akan diadakan pada bulan Julai. Objektif kursus ini adalah bagi mendedahkan para peserta dan meningkatkan pengetahuan mereka tentang adab, adat dan bahasa istana. Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Sophian Ab Rahman, penceramah jemputan dari Istana Negara.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah diajar tentang bahasa istana asas, seperti ‘patik’, ‘pacal pondok’ dan ‘pacal didik’, yang masing-masing bermaksud saya, isteri dan anak. Para peserta juga telah didedahkan dengan kod berpakaian, upacara rasmi Yang di-Pertuan Agong, serta perkara yang boleh dilakukan dan dilarang semasa bertutur atau menghadiri upacara yang melibatkan golongan diraja.

Kesimpulannya, kursus ini telah mencapai matlamatnya, dan juga meningkatkan keyakinan para peserta untuk melaksanakan tugas mereka sebagai sekretariat untuk Majlis Titah Amanat IDFR kelak.

                                                 protocol course 1     protocol course 2

 

Disediakan oleh:
Wan Hazwani Wan Hamedi
Amirah Abu Bakar (Pelatih)
Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC)

Cetak Emel