logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Intermediate and Advanced Speechwriting Courses

speeechwriting1401
Speechwriting Course for Intermediate Level
 
Dua program iaitu Intermediate and Advanced Speechwriting Courses untuk para pegawai Kementerian Luar Negeri (KLN) telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini. Program Intermediate Speechwriting Course telah diadakan dari 16 hingga 18 April 2014 dan dihadiri oleh sembilan (9) Ketua Penolong Setiausaha. Sementara itu, program Advanced Speechwriting Courses telah dianjurkan dari 28 hingga 30 April 2014 dengan kehadiran seramai tujuh (7) Setiausaha Bahagian.

Objektif-objektif kursus adalah untuk meningkatkan pemahaman mengenai prinsip penulisan ceramah yang berkesan, memberi pendedahan kepada para peserta dengan kemahiran, teknik dan strategi di dalam penulisan ceramah serta membolehkan para peserta untuk menilai sendiri kekuatan dan kelamahan sebagai penulis ceramah. Kursus-kursus ini telah dijalankan di dalam bentuk ceramah berinteraksi, bekerja secara individu dan berkumpulan dan latihan penulisan ceramah di dalam kelas.

Kedua-dua program telah dikendalikan oleh Encik Simon Lancaster, salah seorang penulis ceramah yang terkenal di UK. Beliau telah menulis ceramah untuk pemimpin-pemimpin dunia dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif serta telah melatih beratus-ratus penulis profesional selama bertahun-tahun.

Di antara modul-modul program ini adalah Seni dan Kraf Penulisan Ceramah, Teknik dan Strategi dalam membuat ceramah, Analisis Ceramah-ceramah Terbaik, Penyusunan Ceramah dan Penggunaan Kata-kata Perumpamaan, Pengulangan, Bahasa atau Gaya dan Larangan dalam Penulisan Ceramah.

Kedua-dua sesi telah menerima maklumbalas yang sangat baik dan positif dari para peserta.

 
speeechwriting1402
Speechwriting Course for Advanced Level
 
Dilaporkan oleh: Mohd Farid Mohd Arif/Romaiza Ab. Rahman 
Bahagian Latihan
 

Cetak Emel