logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Persidangan Antarabangsa Perpustakaan Digital 2014

digital libraries 1401

Persidangan Antarabangsa Perpustakaan Digital 2014 bertemakan ‘Pemeliharaan dan perkongsian sumber maklumat digital melalui kerjasama dan dan usahasama’ telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur mulai 8 hingga 10 April 2014.

Persidangan telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia, YBhg. Dato’ Raslin Abu Bakar, diikuti dengan majlis perasmian oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Manakala ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Halim Shafie, Pengerusi Lembaga Pengarah Perpustakaan Negara.

Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai aspek-aspek perpustakaan digital, pembangunan kandungan, inisiatif digital, keselamatan data dan perkongsian maklumat digital disamping memberi pendedahan kepada pustakawan di Malaysia mengenai perancangan dan pembangunan sistem perpustakaan digital.

Persidangan selama 2 hari dan diikuti dengan bengkel sehari telah dihadiri oleh lebih 250 orang peserta daripada dalam dan luar negeri. Diantara mereka adalah Pustakawan, Pengurus Maklumat, pakar Teknologi Maklumat, ahli akademik , pelajar, pembekal perkhidmatan maklumat dan penerbit. Pameran yang berkaitan perkhidmatan perpustakaan dan teknologi maklumat turut diadakan serentak dengan persidangan tersebut. IDFR telah diwakili oleh Puan Hajah Kamariah Jaafar, Timbalan Pengarah Perpustakaan.

digital libraries 1402 digital libraries 1403

Dilaporkan oleh: Pn. Hajah Kamariah Jaafar
Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

Cetak Emel