logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Majlis Pelancaran Standard Pengkatalogan Kebangsaan (RDA)

rda1401

Pada 3 April 2014 telah berlangsung Majlis Pelancaran Standard Pengkatalogan Kebangsaan (RDA) bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Resource Description & Acces (RDA) merupakan standard baru pendokumentasian yang memenuhi keperluan dan kesesuaian persekitaran dunia digital dan teknologi mamsa kini bagi menggantikan Anglo American Cataloguing Rules 2nd edition (AACR2).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia. Dalam ucapannya beliau berkata, standard pengkatalogan kebangsaan itu yang dilaksana di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan satu transformasi baharu yang membolehkan pendokumentasian menjadi lebih mudah dan pantas serta memenuhi keperluan dunia teknologi kini.

PNM selaku peneraju perkhidmatan maklumat Negara merupakan perpustakaan yang kelapan di dunia melaksanakan sistem pengaksesan sumber maklumat secara digital, selepas Library of Congress, National Agricultural Library, National Library of Medicine, Amerika Syarikat; British Library; Library and Archives of Canada; National Library Board of Singapore; dan National Library of Australia.

Majlis ini telah dihadiri oleh para Pustakawan daripada pelbagai agensi Kerajaan dan swasta seluruh Malaysia. YBhg. Dato’ Hussin Nayan, Ketua Pengarah IDFR juga turut hadir dengan diiringi oleh Puan Hajah Kamariah Jaafar, Timbalan Pengarah Perpustakaan.

rda1402 rda1403  rda1405

rda1407 rda1404 

Dilaporkan oleh: Pn. Hajah Kamariah Jaafar
Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

Cetak Emel