ASEAN-China Young Diplomats Training Course 2014
ASEAN-China Young Diplomats Training Course 2014 telah dijalankan dari 19 sehingga 30 Mei 2014. Program selama dua minggu telah dihadiri oleh 16 orang peserta daripada Brunei, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Thailand dan Sekretariat ASEAN.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman diplomat muda terhadap hubungan strategik Malaysia-China serta menggalakkan people-to-people exchanges dikalangan diplomat ASEAN dan China.
Sepanjang program ini, para peserta telah diberi pendedahan berhubung isu dan topik berkisar diplomasi dan hubungan antarabangsa, khususnya, dari perspektif Malaysia oleh penceramah-penceramah pakar. Antara topik yang dibincangkan adalah Malaysia’s Foreign Policy, Asean Community 2015, ASEAN Economic Pillar and External Relations, Global Movements of Moderates, Geopolitical Relations of China with ASEAN Nations: A Psychological Perspective, International Negotiations dan Environmental Crisis.
Selain daripada ceramah dan kuliah, beberapa siri lawatan telah turut dijalankan termasuklah lawatan ke Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, ke Putrajaya serta lawatan selama tiga hari ke Pulau Langkawi.
Dilaporkan oleh: Haris Syarwani Razali
Bahagian Training