logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Sesi Pagi Jumaat: “Aspek-aspek Protokol”

protocol1401

Dengan bertemakan Aspek-aspek Protokol, Sesi Pagi Jumaat pada 8 Ogos 2014 telah diadakan di Auditorium WP1, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra). Sesi ini menerima penyertaan daripada pegawai-pegawai Wisma Putra dan IDFR yang terdiri dari pegawai Gred 41-44. Objektif sesi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang aspek protokol di dalam dan luar negara.

Penceramah bagi Sesi Pagi Jumaat ini merupakan YBhg. Dato’ Syed Munshe Afdzar, Ketua Protokol Wisma Putra. Beliau menerangkan mengenai definisi protokol, keistimewaan dan imuniti; komposisi Jabatan Protokol serta peranan dan fungsinya; pengaruh warisan dan budaya dalam protokol; serta fine dining. Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Syed Munshe Afdzar, beliau menekankan bahawa tanggapan pertama merupakan tanggapan yang berkekalan. Oleh itu, beliau menggesa para peserta terutamanya diplomat untuk melabur dan memberi perhatian terhadap aspek keterampilan untuk kelihatan profesional. YBhg. Dato’ turut menyatakan bahawa tertib di meja makan merupakan ciri penting protokol di mana budaya ini perlu dipupuk di kalangan para diplomat. Ini adalah untuk memastikan para diplomat yang mewakili Malaysia dapat melambangkan imej Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang moden dan progresif.

Initiatif Jabatan Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri dalam menganjurkan sesi tersebut patut diberi pujian kerana topik ini sangat relevan, penting dan berguna untuk para diplomat dan pegawai yang bekerja di bawah kementerian ini.

Para pegawai IDFR yang hadir ialah Cik Lim Hui Chin, Pn. Zuraini Harun, En. Amirul Khairi Mustafa Bakri, Pn. Azmah Mahmud, Pn. Farah Dibah Abu Hanipah, dan Cik. Nik Nazarina Nek Mohamed.

protocol1402 protocol1402

Dilapor oleh: Lim Hui Chin
Pejabat Ketua Pengarah

Cetak Emel