Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

SPKM Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 4/2014 (Grade 41 and Above)

spkm spouse42014 1

IDFR baru sahaja menamatkan siri keempat kursus SPKM Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses, yang telah diadakan dari 11 hingga 22 Ogos 2014. Kursus ini telah dihadiri seramai 46 pegawai, termasuk pasangan masing-masing. Para peserta kursus kali ini terdiri daripada pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi, iaitu Jabatan Standard Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Istana Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa; mendedahkan mereka kepada perkara yang berkaitan dengan tugasan mereka di perwakilan luar negara; menyediakan para pegawai serta pasangan masing-masing terhadap pelbagai fungsi dan tugas, serta cara untuk mengatasi cabaran ketika di luar negara; dan akhir sekali, untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta bagi menjamin prestasi yang lebih efektif di perwakilan mereka kelak.

Sepanjang dua minggu kursus ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, kewangan, pengauditan, etika, keselamatan, kemahiran media, kebudayaan, protokol, dandanan dan etiket sosial. Para penceramah jemputan terdiri daripada pelbagai organisasi dan agensi, seperti Kementerian Luar Negeri, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Pada hari kelima kursus ini, para peserta amat bertuah kerana berpeluang menyertai sesi interaktif bersama YBhg. Datin Siti Hawa Othman dari PERWAKILAN, yang telah berkongsi mengenai peranan para pasangan sewaktu berada di perwakilan luar negara. Para peserta turut berpeluang untuk mengikuti modul Fine Dining Theory and Practicum yang dikendalikan oleh YBhg. Ambasador Aminahtun Hj. A. Karim, Timbalan Ketua Pengarah IDFR, di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Latihan, Tuan Syed Bakri Syed Abd Rahman pada hari terakhir kursus tersebut.

spkm spouse42014 2 spkm spouse42014 3 spkm spouse42014 4

Dilapor oleh: Nur Aqilah Mohd Subari
(Pelatih Industri)
Bahagian Latihan

fbk

twt

int

tk

yt