logo ms

Isnin, 27 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

MTCP: Diplomatic Training Course for Senior Officials from The Government of Timor-Leste

mtcp timorleste1412

Pada 10-16 Disember 2014, IDFR telah menganjurkan Program Diplomatic Training Course for Senior Officials from the Government of Timor-Leste.  Penganjuran program ini adalah atas permintaan Kerajaan Timor-Leste yang berhasrat mempelajari mekanisme yang dilaksanakan oleh Malaysia di dalam melaksanakan integrasi ASEAN, selaras dengan usaha mereka untuk menjadi salah sebuah negara anggota ASEAN. Program tersebut telah dihadiri oleh 14 orang pegawai kanan yang mewakili pelbagai kementerian dan jabatan daripada Timor-Leste, seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kehakiman, Jabatan Bekerja Sendiri dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan.

Modul-modul sepanjang program ini merangkumi pelbagai bidang. Antaranya adalah Human Rights: From Malaysia’s Perspectives; Malaysia’s Social Security and Welfare; Strengthening Innovation and Entrepreneurship in Malaysia, Malaysia’s Chairmanship of ASEAN 2015, The Future of ASEAN and Cross Cultural Communication: In the Context of ASEAN; Government Transformation Plan and Economic Transformation Plan; Human Capital Development dan Environmental Policies in Malaysia. Para peserta juga telah mengambil bahagian dalam acara Hari Hak Asasi Manusia 2014 yang membincangkan “The Universal Declaration of Human Rights 1948 and The Federal Constitution of Malaysia 1958: An Appreciation”.

Selain itu, para peserta juga telah diperkenalkan kepada sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri Malaysia, melalui lawatan ke negeri Perak. Di Perak, mereka telah diperkenalkan kepada sejarah, ekonomi, budaya dan politik Perak oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Perak dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Para peserta juga turut dibawa melawat ke Parlimen sebagai sebahagian daripada pengenalan kepada sistem pentadbiran Malaysia.

Cetak Emel