logo ms

Jumaat, 15 November 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Diplomacy and International Relations Module for PTD Cadets 2014 (Sidang AB and Sidang CD)

kadet ptd1501

Modul Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa telah dijalankan untuk dua kumpulan kadet PTD di IDFR. Setiap kumpulan terdiri daripada 61 peserta. Program selama lima hari ini telah direka dan dirancang dengan kerjasama antara Sub Kluster Pembangunan Modal Insan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan IDFR. Kumpulan pertama, Sidang A dan B, telah diadakan dari 9 hingga 13 Februari 2015, manakala kumpulan kedua, Sidang C dan D, telah dijalankan dari 23 hingga 27 Februari 2015.

Objektif-objektif modul ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa, memberi pemahaman tentang peranan dan fungsi seorang diplomat dan memberi pandangan dan pemahaman mengenai pengalaman dan perspektif Malaysia berkenaan isu diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Modul ini termasuk ceramah yang bertajuk Malaysia’s Foreign Policy, Protocol Matters Related to Foreign Service, Roles and Function of Missions, ASEAN Chairmanship 2015, Consular Matters, Language and Diplomacy, Cross-Cultural Awareness, Dealing with the Media, Understanding Terrorism Threat, Malaysia’s Non-Permanent Seat in UNSC 2015-2015, Public Speaking and Presentation Skills dan juga Sharing Session with a Senior Diplomat.

Peserta juga dikehendaki untuk menyediakan ulasan artikel dan pembentangan pada hari terakhir modul. Mereka telah dinilai berdasarkan kepada keupayaan mereka untuk mengenal pasti bidang analisis, penggunaan perkataan dan ungkapan yang canggih dalam komunikasi, keaslian idea mereka, semangat, cara sebutan dan gerak isyarat mereka ketika pembentangan, dan juga penilaian keseluruhan terhadap kemahiran penulisan dan pembentangan mereka.

Dilaporkan oleh:

Dzuita Mohamed
Bahagian Latihan

Cetak Emel